Sunday, November 20, 2011

PAVLOVA


assalamualaikum..
memandangkan ramai sangat yang bertanya resepi..
maka
mira mintak izin pada owner resepi ni kan
lepas mintak izin, busy dengan assignment and study
(ececeyh, ayat macam poyo je kan?)
so
mira terlupa nak update pasal resepi
sampai la ptg td
mira dapat comment di fb dari
auntie gee(bestie mama)
tanya pasal resepi ni
oke,
terus cepat2 capai cable handphone
upload gambar sambil taip and edit2 resepi ikut mira punya style
x banyak beza pon dengan resepi asal =)
so
inilah rupa pavlova yang mira buat
serba kekurangan
i mean dr aspect bekas, deco semua
yang paling mira frust bila mira merata cari strawberry
x jumpa!
susah sangat nak jumpa stawberry kat kuching tu
kalau dah strawberry xde, raspberry and blueberry lagi la susah nak jumpa kan.
so, kita beli je la apa yang ada
janji permukaan pavlova tu nanti x nampak kosng n naik la sikit serinya.
sebab ini second trial mira
so, paras rupa x berapa dititikberatkan
next tyme kalau ada request, i'll do better than this
InsyaAllah =)



rich of fruits!
buah2 yang masam lagi elok rasanya sebab pavlova n whipping cream tu kan dah manis
so, buah2 masam tu mampu untuk tutup rasa putih telur yg x berapa mira nak gemar
for those yg dah biasa tu
taw kan bau putih telur ni macam mana
lomah dan! =)

penyediaan buah=from left:epal hijau,peach, grapes and plum
whipping cream yg sudah siap di putar!!! fluffy nyee! geram!
rasa macam nak sembamkan muka dalam ni je..
hahahaha
=)

ini rupa encik pavlova sebelum dimasukkan ke dalam oven
one of pavlova disk yang siap dibakar

side view..yummeh!
makan fresh2, confirm sedap! sebab dalam tu lembuuuuuttt macam marshmallow, luar dia tu a little bit crispy..sedap!

lepas habis second trial. mira buat third trial
yang ini version lain pulak
buat cupcake size
yela..
mira dah nak balik u
takkan nak bawak pavlova gedabak besar tu masuk dalam flight kan
jenuh nak menjaga supaya tekstur tu firm kan nnt
so, kita buat yang cupcake size
easy to handle!
ehehehe ;p
susun banyak2 supaya senang nak tuang nanti
right after keluar dari oven
yeaaahhh!! done!!
mama siap tolong wrap kan dalam plastic lagi
and then letak dalam kotak
so cute meh!
tq mama yang rajin
ahahaha, siap tanya lagi "rajin x mama?"
mama memang rajiiiiinnn! ;p
sebab tu acik sayang mama ketat2
eh eh..
kesian korang
korang nak resepi kan
bukan nak baca celoteh mira kan
=)
so..
SELAMAT MENCUBA!
feel free to tag me bila pavlova kalian dah siap ye!
x sabar nak tengok pict nanti!
GOOD LUCK!


Bahan-bahannya 4 biji putih telur (lebih kurang 120 g) 1 cawan gula kastor (200 g) - mira just letak 3/4 cawan gula halus yg dah siap blend supaya senang larut (ikut taste korang, mira x suke manis2 sgt)
1/2 tsp esen vanilla( i put extra untuk hilangkan bau putih telur)
1 tsp cuka makan 1/2 tbs tepung jagung- mira letak 1 tbs tepung jagung

(tsp = teaspoon) (tbs = sudu makan)
Hiasan
whipping cream (mira guna value pride, sedap, murah n x muak..kotak yg warna kuning2 oren tu)
buah-buahan ikut taste korang, potong comel2 oke!

cara2

Panaskan oven 130 degree celcius, dan letak rak di bahagian tengah.(api bawah sahaja, kalau api atas sekali, nnt pavlova jd gelap, x lawa)
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar dan lapik dengan kertas or aluminium foil.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak bertanduk.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
7. Guna spatula plastik untuk mengaup adunan (kaup balik) dan letakkan dalam loyang dan perkemaskan bahagian keliling meringue ini supaya nampak lebih comel.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan

No comments:

Post a Comment