Monday, May 21, 2012

seminggu je lagiiiii

assalamualaikum semua
yes, dpt juga update dgn entry baru kan.
sebelum ni stakat duk baca entry org je.
yup! xde mood n busy dgn projects n assignmnts
almaklumlahhhh, saya kan student lagi
dedicated kn?
ecececceeyh, masuk kuali goreng sendiri betul mira ni!
ermmm...
SEMINGGU je lagi kakak bakal jadi isteri org
sometimes rasa happy, 
kakak nak kahwin kan, kadang2 kita yang over excited
tudung x beli lg
kasut pon x beli
(walhal dh kene warning dgn kakak,pengapit x boleh overshadow pengantin! ;p)
ntah pape je
*cuti pon xtaw lagi lepas ke x, hopefully lepassss laaaa..huhuhu*
kadang2 terdetik rasa sedih
sebab xtau apa yang akan terjadi
risau
risau kitorang makin jauh
seriously, rasa mcm x sanggup je
tapi jika itu yg membahagiakan kakak, 
aku kene rela kn la..
sbb aku x boleh jadi selfish kn
kakak nk juga ada life sndiri
memandangkan aku ada sorang je kakak, sorang abang n sorang adik
so setiap kali salah sorg dr diorg kahwin, aku rasa aku akan jadi paling hooverrr giteww terasa hati
n memandangkan aku ni memang minah sentap
so no wonder aku akan terasa hati
hahahahahhaah ;p
kakak memang sgt periang
ok, term periang memang dh x sesuai, coz die ni hoverr kemain, so boleh la ckp dia ni gila2..
saaanggaaattt gila2
happy go lucky
mulut potpet2 x reti diam
bila je dia diam?
time tido dgn time dia x sihat ;p
waktu tu, mesti rasa senyap sunyi je rumah
klo x...
sorg je dh riuh mcm rumah ktorg de buat kenduri! 
kalau dah bergayut dalam phone dgn kakak,mesti panas telinga..
ada je benda nak di cerita
bila dia cerita, semua kene dengar
kalau x.....(dia x kan merajuk or sentap bagai ni) tapi dia akan paksa kita dengar
macam2 cara yg x tercapai dek akal..
n feveret dia adalah buli adik2 dia
ok, paling kuat kene buli mungkin si bongsu
*angah minum air kicap, sebab kakak kata tu air sarsi
*kakak sorokkan kaki bawah kaki angah dr anjing masa balik tuition ,nthen anjing yg lalu tu gigit kaki angah 
*buli adik,gigit adik sampai menangis
*kejut acik sampai mengamuk sbb dia ulang ayat yg sama dgn intonasi yg sama banyak3 kali!
*kutuk kitorg kaw2
*suruh kitorang buat keje dgn gunakan nama mama or babah (walhal mama or babah suruh dia)
*marah kitorg balik sbb sepahkan bilik (lepas dia kene marah dgn mama..hihi)
*ajar kitorang pujuk mama n babah bila nak something (so bila kene marah,dia selamat, kitorg yg request la yg kene ;p)
n banyak lagi laaa
nanti lepas dia kawen, dia akan masih sama or berubah?
nanti lepas kawen boleh ronggeng suka hati mcm selalu x?
nanti dh kahwin boleh jerit2 dalam kerete mcm td x?
gembira untuk kakak 
tp 
takut~
takut kehilangan
='(
semoga kakak bahagia dgn pilihan hati
acik, adik,angah,mama n babah sentiasa sokong kakak
we all love you! 
=)

Friday, May 11, 2012

lumrah hidup=)

tak semua yang kita impikan
kita akan kecapi
walaupun dengan usaha yang gigih
apabila DIA katakan tidak..maka tidaklah
apabila DIA katakan Ya maka Ya lah
sbb kita mnusia hina yang hanya mampu merancang
hanya mampu mengatur strategi
tp kita perlu tahu
bahawa di atas sana itu
yg MAHA mengetahui
perancangan kita tidak cukup hebat. sehebat perancangan DIA
muhasabah semula diri
agar lebih tenang menjalani hidup
=)

Thursday, April 5, 2012

introduction !

Be an open-minded person. Don't be a close-minded person. And don't judge people before you judge yourself.
#JUSTSAYINGBUTREALLYMEANTIT


 munasabah diri, sebelum mengata orang, x semestinya sy memberi nasihat,saya adalah manusia sempurna, tapi sekadar mana yang saya mampu. will update soon, really busy with lots of assignmnts~ =)) 

Sunday, March 11, 2012

entry khas buat si gadis cilik amelia mustaffa



assalamualaikum
yeah! entry ni khas buat si gadis cilik amelia (one n only adik )
acik tau adik dah berusaha keras..adik dah cuba sedaya yang mampu
namun dalam mengejar matlamat adik, mungkin adik terlepas pandang beberapa perkara
at first, niat adik belajar ape?
perbetulkan niat..anggap tawaran hadiah yang kami bentangkan didepan adik adalah satu ganjaran andai adik mencapai target yang kami tetapkan..tapi niat utama adik belajar bukan untuk kejar tawaran tu semua, niat adik belajar bukan untuk bahagiakan sesiapa..niat utama adik belajar..kerana Allah SWT..barulah adik susuli dgn perkara yang lain.
insyaAllah..marah macam mana pon mama, marah macam mana pon kami sebagai kakak dan abang..tapi niat kami untuk lihat kejayaan adik. 
check semula cara adik belajar dalam kelas, cara adik ulangkaji pelajaran, ambil masa tenangkan fikiran n muhasabah diri.(the most harder word utk mama sebut ;o kn ?)

kejayaan itu pasti jadi milik adik suatu hari nanti
teruskan berusaha, jangan mudah putus asa kerana Allah xkan bebankan hambaNYA dengan dugaan yang mereka x mampu..harungi setiap cabaran dengan sabar.. ..bersyukur sbb Allah menyayangi adik dengan memberi ujian dan dugaan, adik akan sentiasa mengingatiNYA..
kami tahu adik boleh, 
kembali seperti asal,adik yang lincah! adik yang petah! adik yang nakal!  dan teruskan berjuang..tanamkan azam dalam diri, tekad kan hati, belajar dan terus belajar..jadikan kegagalan yang lepas sebagai tanda aras, sebagai panduan agar kita x leka..

jom bace ni!!
Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.
Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.
Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.
Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.
Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."
Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.
    -withlove, acik-

Tuesday, February 28, 2012

saya beruntung

assalamualaikum..
alhamdulillah...
rasa beruntung dilahirkan dalam keadaan keluarga yang sederhana
terlalu banyak untungnya
lagi untung bila memiliki seorang mama yang pandai dalam membuat kek,masakan dan jahitan
untungkan??
alhamdulillah...sekali lagi syukur ku panjatkan..
dalam dunia yang gila metropolitan habis ni..
terlalu ramai wanita or else korang boleh gelar perempuan la kan..
yang x pandai nak buat keje rumah
x pandai nak memasak
x pandai nak itu ini..
sedih kan?
lagi sedih kalau kau pandai buat semua tu..tapi kau MALAS
serious! itu memang sedih
mungkin dibesarkan dalam keluarga berada?
mungkin dimanjakan sedari kecil?
sentiasa cuba berfikiran positif..
namun gagal
-_-!
xpandai memasak tu x salah
memang x salah..janji korang ada usaha..ada effort
sape kata kalau hidup dalam keluarga berada korang x payah buat semua tu?
ade je kawan2 yang life bapak gila kaya lah..
ayah mak manager..
tp anak2 pandai buat keje rumah..pandai memasak..pandai iron baju sendiri

so...
sekarang ni, xkan nak salahkan ibu bapa?
oke..bnda basic..
keje rumah tu x de la aku maksudkan deco rumah ke, baiki alat elektrik bagai kat rumah ke..
maksud aku...keje rumah tu macam sapu rumah, basuh verandah@ toilet, mop rumah..
okey..sekali lagi aku kata benda tu semua benda basic!
memasak tu pulak aku x maksudkan kau pandai buat kuih tradisional, kau pandai bikin ayam rempah bermadu salut dengan daun palas...(sukahati je buat resepi sendiri)
xde la jugak sampai kau pandai buat kek pelangi berseri2..manisan kencing manis...
maksud aku..kau pandai masak nasi..masak lauk..setakat gulai, goreng2, nasi goreng, masak lemak, masak sambal..
itu aje..
cuba kau buat sambal ikan..
esok buat gulai ayam
lusa buat ikan masak pindang
tulat kau buat sambal ayam pulak..
kan dah nampak variety tu
sekali lagi aku tekankan aku x kesah kalau korang x pandai memasak..
janji korang mencuba..
mungkin sekarang korang x nampak kebaikannya..
soon bila korang dah kahwin baru korang taw kot...
sekarang boleh pom pang bagai kata nak amek maid, nak makan kedai tiap2 hari..n one day kau akan sedar sendiri...penting x penting semua benda ni!

gila ah..cakap macam mak2 orang dah!
=))

Monday, February 27, 2012

red velvet cake with cream cheese frosting!

super duper yummy!
homemade
boleh letak cream cheese frsoting sebanyak mungkin
makan masa cream cheese frosting tu sejuk
walaweeeeeeeehhhh
sedap sungguh!
makan pon sampai terpejam-pejam mata
menikmati habis la tu...
ehehehe
fresh from oven
first trial hokeh! surface die macam fluffy gitewwww...
mula2 letak je dalam paper cup ni...
sekali mama suh keluarkan...
ai ikutkan jugaaakk!! bergambar punya pasal kan?


rongga2 udara..sedap makan bila rasa macam terurai..
x terlalu padat..n x terlalu ringan

yummyyy
dh rasa macam nak meleleh je ayaq liuq ni....(sllrrppppp...seduat balik..hahahahaha)
5 stars kat pict ni!
makan sambil tgk tv...
mama makan sambil menjahit baju..kelaaassss kau cik kiah
memang mengancam...

mata lagi focus kat RV cc ni dari kat tv..ahahaha

Red Velvet cupcake with salji...
comel n sedap!!
=))

Sunday, January 29, 2012

bedakan makna2

assalamualaikum semua
hari ini saya belajar something
saya mula mengenali siapa itu kawan
siapa itu sahabat
siapa itu teman
alhamdulillah...semoga diperluaskan lagi pandangan ku
mungkin masih terlalu awal untuk ku hukum...
tapi siapalah aku untuk menghukum
belajar memahami
walaupun diri tidak difahami
tidak mengapa.. =)

kata mama: biar kawan x mahu berkawan dengan kita, biar kawan khianat kita,, tapi kita kene ingat..tanpa kawan kita masih mampu untuk berdiri..tapi..tanpa Allah...tanpa keluarga..kita kan goyah...jatuh tersungkur ke bumi....ada benarnya... ='( tq mama for d words!