Sunday, March 11, 2012

entry khas buat si gadis cilik amelia mustaffa



assalamualaikum
yeah! entry ni khas buat si gadis cilik amelia (one n only adik )
acik tau adik dah berusaha keras..adik dah cuba sedaya yang mampu
namun dalam mengejar matlamat adik, mungkin adik terlepas pandang beberapa perkara
at first, niat adik belajar ape?
perbetulkan niat..anggap tawaran hadiah yang kami bentangkan didepan adik adalah satu ganjaran andai adik mencapai target yang kami tetapkan..tapi niat utama adik belajar bukan untuk kejar tawaran tu semua, niat adik belajar bukan untuk bahagiakan sesiapa..niat utama adik belajar..kerana Allah SWT..barulah adik susuli dgn perkara yang lain.
insyaAllah..marah macam mana pon mama, marah macam mana pon kami sebagai kakak dan abang..tapi niat kami untuk lihat kejayaan adik. 
check semula cara adik belajar dalam kelas, cara adik ulangkaji pelajaran, ambil masa tenangkan fikiran n muhasabah diri.(the most harder word utk mama sebut ;o kn ?)

kejayaan itu pasti jadi milik adik suatu hari nanti
teruskan berusaha, jangan mudah putus asa kerana Allah xkan bebankan hambaNYA dengan dugaan yang mereka x mampu..harungi setiap cabaran dengan sabar.. ..bersyukur sbb Allah menyayangi adik dengan memberi ujian dan dugaan, adik akan sentiasa mengingatiNYA..
kami tahu adik boleh, 
kembali seperti asal,adik yang lincah! adik yang petah! adik yang nakal!  dan teruskan berjuang..tanamkan azam dalam diri, tekad kan hati, belajar dan terus belajar..jadikan kegagalan yang lepas sebagai tanda aras, sebagai panduan agar kita x leka..

jom bace ni!!
Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.
Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.
Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.
Tentu Tok sedih.."
Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."
"Apa hikmahnya Tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."
Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.
Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.
"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.
Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."
Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.
Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.
Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.
Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.
Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.
"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.
Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."
Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.
Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.
Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.
Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.
"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.
Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."
Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.
    -withlove, acik-