Wednesday, May 20, 2015

the coffee factory,batu 7, kuching, sarawak

Assalamualaikum semua...
ok this time miera would like to share bout the coffee factory
mira ni memang penggemar coffee..or else..penggila coffee..so sukaaaa sangat nak minum coffee..biasanya penggemar coffee ni lelaki kan..tapi since ramai sangat manusia disekeliling tempat keje iols yang minum coffee, so secara x langsung iols dah terpengaruh dan terus terrrr addicted dgn coffee...
tapi kalau dah sampai satu tahap yg dah tak tau nak pilih yg mana satu..miera akan pilih mocha..klo xde mocha baru kita pilih latte..tapi tengok angin jugak ;p
so sebab kan lately ni kurang sikit nak ambil2 gambar..coz im soooo soooo soooooo lazy...jadi kita mencari and dapatkan sumber belas ihsan dari pakcik google
Image result for the coffee factory kuching

ni gambar dari luar..dekat je dengan rumah..bla tengok  tu, tak rasa apa2 pon yang special..tapi sebab dah terpampang word "coffee factory" ermmmm..aaa...erm...ni kena try jugak ni..tapi disebabkan sini adalah kuching..yang mana kau kena berhati2 dalam memilih tempat makan...so iols pon apalagi..naik vrooomm vroomm terus survey..tanya terus kat cashier..alhamdulillah..green light!
so terus la kita masukkan tempat ni sebagai salah satu tempat yg harus dituju~~~ ;p


picture credited from kelynsmemories.blogspot.com

so bila masuk2 je tengok decoration and arrangement kerusi meja..whoaaaa...impressive..i looiiikee.so first impression masa masuk kedai ni..rasa macam cool2 gitteww...haha suka sangat dengan decoration diorg..terus rasa ada mood nak makan kannn...kat sini style dia..ko beratur utk order..and ko order n bayar dekat counter then nanti dia kan hantar...

Image result for the coffee factory kuching

siap ada ruang macam ni..ruang yang ada partition supaya ko boleh bergossip dengan aman tanpa memikirkan orang seblah kiri kanan..

Image result for the coffee factory kuching

so the coffee factory ni ada 2 tingkat..ruang yg kat tingkat bawah tu comfy..ko klo nak buat discussion..sesuai lah...nak buat assignment kejap2 boleh la..klo lama2 tu mengundang kemarahan org namanya..haha..wifi disediakan..so boleh la mengadap phone sambil ber online..

Image result for the coffee factory kuching
picture credited from cwfoodtravel.blogspot.com
ruang ni ruang yg sesuai utk ber partayyy..or else untuk borak2 santai..klo datang ramai2 n havoc2 gittewww korg boleh la pilih seat kat depan counter

picture credited from kelynsmemories.blogspot.com

disebabkan iols pecinta dessert..tadaaa...miera masukkan sekali dessert yg ada..choc moist dia best! choc cheese dia pon best! hewhewhew...espresso cheese dia pon best..eh..macam best je la semua..;p

so sesiapa yg datang kuching or tinggal area kuching..korang boleh try la..
tempat ni terletak kat sebelah shell batu 7..lets try!!! 


********************************************************************************* the end

Thursday, May 7, 2015

resepi kerabu pucuk midin@niding

Assalamualaikum..hollaaa~~ 
ok..sape tak tau apa tu pucuk or sayur midin? angkat kaki!!!
btw, sayur midin ni rupa dia lebih kurang paku pakis je..tapi midin ni lagi lembut n kurang sikit lendir2 dia..n warna dia ada banyak kaler maroon2@purple@coklat sikit...haaa
sayur midin ni quite foofuulaaarr kat sarawak..
kebanyakan kedai makan ada menu ni..
price kalau beli seikat kat kubah ria@pasar satok dalam RM2 ke RM2.50 seikat..kalau setakat kat pasar yang guna payung tu..baru RM2.00 tapi once dah masuk bawah bumbung je dah jadi RM2.50..hahaha
padahala jarak antara dua tempat tu x sampai 25 meter..
sumber pencarian gambar dari encik google 
tadaaa!! (credit to tengkumuzlina.com)

so nak tengok beza paku n midin tak?

thanx featsoffeasts.com.. ;p
    
so dah habis sesi introduction berkaitan midin ye adik2..hakak nak bagi resepi kerabu pucuk midin..ok, mira memang gila sikit dengan kerabu midin ni..tak tau kenapa...mungkin sbb mira ni suka makan veg kot..tu yang boleh ratah banyak2 kerabu midin ni..
nyammsss....terliur pulak..haha


bahan2:-
1) 2 ikat/3 ikat midin 
2) air perahan limau kasturi (3/4 biji)
3) gula halus (secubit)
4) garam halus (secubit)
5) bawang merah (potong kerabu)
6) udang kering
7) cili padi/cili merah (potong halus)

cara-cara:-
1) ambil pucuk midin..patah2 kan guna jari jemari uolss..nanti sampai satu stage dah x boleh nak patah,...jadi liat..so xyah paksa2 utk patahkan..buangkan ajorrkk..
2) rebus pucuk midin tu..jangan terlalu lama sebab takut lembik ketoyek so x sedap...agak2 rangup sikit ok dah tu =)
3) tos kan air rebusan midin n lalu kan bawah air supaya x overcook..
4) masukkan air perahan limau, garam dan gula dan bawang dan cili...gaul bagi sekata
5) goreng udang kering sampai garing...
6) udang kering yg dh goreng tu korg boleh tabur je atas midin yg dah siap gaul atau boleh gaul sekali dalam midin..udang kering yg dh goreng ni, rasanya masin n crunchy macam makan kacang..hihi


tadaa...
its done!!

so boleh la korang cuba keyh! =))

selamat mencubaaa~~~~ 

dah siap boleh la share2 gambar kat velogs korg pulop~~

Wednesday, April 29, 2015

congrats memoi

after a loonggg looonngggg time x berblogging, put a side dunia blog ni, and this time i start to write again...special dedicate to my lovely comot friend, syamimulwardah bt abd razak..

to my dearest memoi:
sorry x dapat attend wedding ko which i really hope that i have wing so that i can fly to attend ur solemnization..
aku hanya mampu sampaikan doa di angin lalu..eceeeeewaaahhh..
semoga berbahagia till jannah..whatever it is..susah senang ko, aku akan sentiasa ada untuk ko ;p
love you


yeahh..ko nampak kecik kat sini.. ;p





tahniah.....nanti boleh sambut anniversary skali dgn birthday aku....muahahaha ;p

Monday, October 21, 2013

que serra serra


assalamualaikum uolzzz~~

perghh, tengok tajuk macam gempak, saja bikin panas line ;p
alhamdulillah, selamat sudah konvokesyen!
tapiii tapiiii... update untuk konvo belom up lagi..as usual, dengan reason yang sama..BUSY
busy mengalahkan menteri, tapi habuk pon tarak mira ni =D
sekarang tengah final training
so kene focus..(poyo)
xde la focus mana pon..
tapi engery tu macam dh drain habis bila malam..
so after 11 o'clock je mesti mata tu automatik tutup tanpa dipaksa...
rutin harian yang hampir sama..bertahan untuk lagi 4month! 
moral tu sentiasa ada, gali n cari sendiri!
=) 



mood tgh rindu mama babah n family sangat2.. almaklum laaa,i olz kan manjeewww manjewwww..hahahahahahahahahaha

Thursday, April 11, 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com


assalamualaikum..
ohh, mood adalah dalam situasi mengada2.. 
blogwalking punya pasal,
saja nak meramaikan giveaway ni!

;)


Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

klebang coconut shake-dataran pahlawan-mahkotaparade- medan ikan bakar umbai- masjid selat melaka (jalan2 melaka!!)

assalamualaikum..ini adalah cerita tertunggak yg di autopublish kn oleh aku
masa tgh free
masa tgh rajin ni la nk merepek lebih2 kat blog..
so minggu terakhir bulan march aku dapat cuti, cuti sekejap tapi cukup untuk release tension
pk punya pk, last2 sekali plan nak pegi melaka.. sesua dgn peruntukan masa yg ada, kalau lama lagi cuti aku dapat, confirm naik cameron!
berjanggut dh tggu masa nak naik cameron, x kesampaian lagi
tp xpe, perlahan2 kayuh,, ye idok?
so hari sabtu tgh ari ambil kereta n terus shoot ke melaka
dari pagi x makan.
konon2 save tempat untuk makan2 day kat melaka
dengan jem kemain panjang sampai ke seremban, fuhhhhh
tup tup sampai melaka dalam pukul 4 lebih
menangis maakkk :'(
perut main lagu dangdut, keroncong, rock n roll, segala bagai lagu la yg keluar..

tengok!! kat klebang pon jem teghuk sbb kn klebang coconut shake ni
maakkk aiiii
anjat gegell
kemain panjang orang beratur
haha
nasibbb ooo nasibbbb
so before this just take away je
this time kenot!
ai is lapar
so kitorang makan kat sini jugak
ada tmpat untuk makan kat belah dalam.. jalan kaki je.. x jauh..senang cerita. x de la kereta stuck kt dalam nnt, sebab kawasan yg agak limited..
deman higher than supply

 penuh
sesak
sampai ada orang yg sanggup berdiri untuk tunggu turn meja makan
memang crowded sgt2..
mendapat sambutan yg hangat!

sbb aku ada terbacablog kata nasi lemak kat sini sedap
so aku pon nak cuba
haha, sebab aku gemok dan tamak, maka aku telah berjaya sental dua bungkus nasi lemak
sedap. pedas
memang masuk dengan tekak melaka ai
nyammmmmmm
petang2 makan nasi lemak pon layaaannnnn~~~

abg yg amek order coconut shake
hahahaha... ampuuunnnnnnnn....

special..
ada aiskrim vanilla
kalau korang rasa macam xnak minum coconut shake
korang boleh order air kelapa
aku punya komen?
x rugi makan kat sini.
serious aku puas hati
terasa nikmat je ais2 kecik lalu kat tekak 
dengan combination air kelapa+ aiskrim vanilla
tambah pulak ada rasa coconut chunky
gulpss
meleleh dah air liur 

ini beli masa kat mahkota parade..
rm 10 
promotion
aku x tertarik kat snickers ni sgt
aku tertarik kat promoter pompuan dia
aku bukan lesbo okayy
aku tertarik dengan cekak dia yg ada tanduk snickers
anyonyonyonyo.. omeiiii haha

malam terus shootg padang temu
kempunan nak makan ikan bakar
perut dh menyanyi riang dah
haha
eksaited lebih
tapi bila sampai padang temu
terus kuciwa
orang beratur kemain panjang
dh dapat meja
tapi bila nak pegi pilih ikan
erkkkk??
ikan habis
tinggal sotong n udang
ok cancel
hangkuttt semua balik
terus shoot ke medan ikan bakar umbai
kitorang pilih kedai parameswara

anatara menu kitorang
ikan siakap bakar
ikan siakap 3 rasa
sambal ketam
butter prawn
sotong goreng tepung
kerang rebus
sayur campur
buah
air sirap limau 1 jag


tp.. tp... sob.. sobssss..
kerang rebus n sayur campur idok le sampeeee
kempunan mak hencik nak makan kerangggg
buah tu pulak x order
diorang datang n letak je atas meja
pastu tetiba masukkan dalam bill
haha
kitorang malas nak pk
sebat je la makan
4 hengget taw sepinggan!

so far, aku sangat berpuas hati makan kat sini
servis not bad
orang memang ramai la
nak pilih ikan, udang semua beratur panjang2


tadaaaa...besar jugak ikan ni


gulpss... lapar...*telan air liur banyak2*

 geng mentekedarah..haha

sotong goreng tepung yg sedap!
encik gemok dh pandai komen makanan
dia kata nampak je tepung sikit, tp sedap sangat.. nampak la kesedapan dia makan tu..hahaha

 tgh tunggu nasi ni...

eh.. powerbank pink aiiiii..hahaha


gambar je dah kemain banyak

so habis bab makan
and then lepak mc d untuk settle kan segala mak bapak banyak punyeee keje
enjoy2 jugak
belajar jgn lupa


pagi tu subuh di masjid selat melaka
ok
aku nak puji melambut tinggi ni
aku sangat suka n sangat kagum bila tengok masjid ni
keliling ada air
bunyi ombak
sayu je rasa hati
nasib x tik tik tik air mata
n paling aku puji
dari segi maintenance 
memang terjaga
kemas
bersih
seriously jatuh cinta

cuci mata

pintu masuk..
tempat letak kasut berbumbung

rinduu

 nice =)
insyaAllah akan kesini lagi

dari sini lalu klebang n terus ke tol ayer keroh
misi
nak breakfast kat restoran jejantas ayer keroh

 makan kat A&W
sambil tengok keta, motor bas, basikal, kapal terbang lalu
motip???
haha
panas pagi 
view kat restoran jejantas ayer keroh
morning ollsss~


itu je lintas langsung dr ai
sebab kan banyak update pasal makanan
so aku lapoorr
makan dulu eh! 
;p

Monday, January 7, 2013

lukisan pilu sekeping hati. secebis kata membawa duka ='(

















aku bukan manusia separuh dewa, tak sempurna dan ada cacar cela tapi aku masih cuba dan berusaha.
tp mlm ni keteguhanku hampir goyah
bergegar kuat hingga terlerainya simpulan utuh yang cuba kubina selama ini
aku bungkam
terapung dalam emosi
terjerumus dalam fantasi mainan minda
aku bukan si merak yang megah kembangnya cantik
titis2 dari lubuk mata
cukup utk gambarkan
aku terlalu rapuh untuk ini

perlahan-lahan akan ku corakkan langkah
jauh dari mu
kerna aku bukan tandingmu
aku bukan gandingmu
aku bukan saingmu

='(
akan terus jauh membawa diri

Monday, August 6, 2012

resepi siakap 3 rasa

as requested by someone, meh saya tepek gambar ikan siakap 3 rasa beserta resepi
ada org berazam nak masak siakap 3 rasa hokkeyyy!!
so,
kita tunggu dah lihat!
jgn tunggu..tunggu..tunggu..x terlihat2 siakapnyee..
karang siakap ke mana, 3 rasa ke mana, ko kemana
*bebel*

haha, ye adik2, meh ahkak bagitau resepi simple ni ye!!
tutup mata pon boleh buat...
awwww!!
*pangg!*
*lari2 gedik sambil tutup muka*

bahan2
1)ikan siakap, boleh juga pakai ikan bawal (saiz bebas)
2) capsicum @ lada benggala hijau,kuning, merah (ikut suka)
3) carrot potong panjang2
4) 3 sudu besar sos cili
5) 3 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar sos tiram
7) 1 sudu besar lada boh
8) cili padi( ikut suka jugak, mira x letak)
9) 1 1/2 biji tomato (1 biji potong dadu, setengah lagi potong hiasan)
10) secubit garam (mira pakai pati ayam)
11) sedikit air
12) garam,kunyit n 1 sudu besar tepung jagung
13)2 biji bawang merah yg besar (potong halus)
14)2 biji bawang putih(potong halus)
15) setengah biji nenas kecil -(jgn terlalu masak, cari yg muda sikit)

cara2
1. ikan siakap dilumur dengan garam n kunyit, lepastu salut dengan tepung jagung, make sure kene bahagian dalam  n luar ikan ye)
2. gorengkan ikan dan toskan minyak, asingkan dan letak dalam pinggan 
3. guna minyak goreng ikan td, tapi tinggalkan dalam 2 sudu besar je dalam kuali
4. tumiskan bawang merah dan bawang putih sehinggan naik bau n bertukar kekuningan
5. masukkan tomato yg dipotong dadu
6. masukkan lada boh dan tumis sehingga lada boh masak (dalam 3 ke 5 minit)
7. masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram beserta dengan sedikit garam
8.masukkan air mengikut kelikatan yg kita mahukan
9.masukkan nenas
10. adjust rasa sampai korang puas hati
11. lg 3 minit before tutup api, masukkan capsicum,carrot n tomato hiasan (mira tambah daun ketumbar)
12. curah ke atas ikan tadi n ready to eatttttt!! #baca bismillah dulu ye ;p

selamat mencuba!!!

Sunday, July 29, 2012

resepi ikan siakap stim ~simple & yummeehh~


bahan2
  1. sekor ikan siakap(saiz m)
    buang insang n segala isi perut merut dia n buang sekali sisik (optional nak buang ke x sisik).
    ekor2 semua ai x buang utk bagi nampak realllll! haha
  2. tomato 2 biji
    satu setengah biji potong dadu, setengah biji lagi potong utk hiasan
  3. daun ketumbar secukup rasa
  4. serai 2 batang yg gebu halus mulus tulus
    mayang halus better, bagi bulat2 nipis, senang nak tabur 
  5. lemon/limau kasturi secukup rasa
  6. sayur2 kegemaran korang
    ai letak broccoli,cauliflower(bunga kobis), carrot
  7. cili padi(ikut korang nak pedas mana, makin pedas,makin banyak la korang letak)
  8. serbuk lada hitam (optional)
  9. 3cm halia, hiris halus (panjang2)
cara2,
  1. letak ikan dlm aluminium foil molek2, sapukan sikit garam
  2. tabur tomato,halia,serai sekata
  3. klo nak air banyak, amek 4 sudu air n campurkan dgn pati ayam or asam jawa
  4. kukus selamat lebih kurang 10mnt 
  5. taburkan cili padi,serbuk lada hitam, 
  6. 5 ke 8 minit before nak tutup api, letak sayur2 kegemaran korang, jangan terlalu lama, nanti sayur jadi lembik! x sedap makan, bila makan xde bunyi kruppp kruppp..haha
  7. last before serve, dlm 3 minit beofre tutup api, campak kan tomato n daun ketumbar sekali
  8. biar kukus jap supaya naik bauk harum n rasa
  9. ready to serve!

    sape2 yg xde pengukus tu, boleh je pakai oven, tapi guna ala2 ban marie...kira kat bawah tu ade dulang air, belah atas baru letak dulang ikan..haaa, pahe dop?

adjust2 rasa ikut citarasa korang! sedap! sedap! n simple sangat2~~ jejom cuba!

bunga api dan mercun! pom pom pamm!!

Assalamualaikum =)
salam ramadhan.. 9 ramadhan telah berakhir, semoga dapat tempuhi ramadhan yg akan datang
oh! oh! since sebelom ramdhan lagi ai dah dgr bunyi pom pam sana sini
mercun bola? pop2? mercun padi? mercun naga? eh? eh?
taw2 je ko mira kan...
hehe, opekos la ai taw!
dulu main jugakkk! tp xde la hover gila main kn
mcm berbalas2 da bunyi nya
ini ampang kowttt
ampang!! xde la town mana, #tapi town la jugakk..
ini bukan bukit jelutong! kami ahlong hanya nak tolong~
eh, itu bukit beruntong kan? eh? eh? 
#confused!
hahahaha
tiap2 malam, tiap2 hari..duk letup sana sini
eh! eh! tensi ahkak!
diam sikit boleh?
kesian mak2 yg ada anak kecik
ai yg besar nk tido pon x lena
siap termimpi-mimpi lagi ai main mercun dalam tidur
caitt!! ni semua korang2 yang main punya pasal!
haha
makin galak lak bunyi kat bawah ni
ada yang aku turun join main sama kang!
kikiki

Wednesday, July 25, 2012

warna warni ahad

 assalamualaikum and selamat pagiiii semuaaa =)
tetiba pulak mira ceria pagi2 ni
so hari ahad lepas buat apa?
ai pegi jalan2 cari pasal, xde keje cari keje
carrefour & wangsawalk
jalan2 cuci mata
cuci purse.hahahahaha =)
bosan kan asyik tgk muke ai je, ade ai kesah? bhahahahaha =)
ok2..sori ^_^

korang hengat korang je nak mandi? keta pon nak mandi, dah 3 minggu keta x mandi taw
bagi dia mandi snow wash lagi..
suka pegi kedai ni
dah la kena rm9 
siap bersihkan dalam lagi
pastu ada kesan taw kt cermin kereta
klo certain kedai, dia buat bodoh je
janji dia dah cuci
ni siap bersihkan lagi
suka2!!
jom la pegi kedai ni
kat area belakang hospital ampang, 7hari seminggu
#jadipromoterxbertauliahpulak =)

menggatal tangan mencuba photo grid kat android apps, suka!

 me, parentz n mr blue! =)

menu iftar ke 3

Assalamualaikum semua =)
alhamdulillah, semalam selesai sudah ramadhan yg ke 3
menu iftar ai semalam 
SIAKAP MASAK STIM!!!


ehem..ehem..nak resepi??

Wednesday, July 18, 2012

bersiaran langsung dari ofis

assalamualaikum..
alhamdulillah, masih dipanjang umur n diberi kesempatan untuk melalui and merentasi  liku2 hidup
cewahhhhh...ayat nak bunga2 giteewww
=)
alhamdulillah
minggu ni minggu ke 4 mirakecikmerah berada di site
latihan industri ada yang best dan ada yang x
terlalu banyak benda nak share sama2
tapi terlalu malas nak menaip..
kwangkwangkwang
ada masa yang tertunggu2 masa nak balik
pukul 5 je.... CABUTTTTTTT ;p
tapi ada masa yang terlebih rajin
nak dekat pukul 6 pon x balik2 lagi
bajet busyyyyy konon
mengalahkan mak jemah di era
eh..eh
hahaha
mengalahkan site engineer, project engineer bagai ;p
walhal TRAINEE 
ouhhh..ouh..da jam 12!!
masa untuk makan n penuhkan perut! 
=p
#makan itu penting,penting itu makan =))

Monday, July 9, 2012

minggu ke 3 hari pertama internship

assalamualaikum semua
before this sibuk bermadah kn
malam ni kita cerita2 sikit
ohhh
nak dijadikan cerita
pagi tadi
seawal jam 730 pagi dh punch card
awai bebeno ci mirakecikmerah punch card kn?
sepatutnya masuk keje pukul 8 pagi
almaklumlahhh, ai kan pekerja rajin, punctual, cantik, manis, molek..eh? eh?
hahaha
hoverrrr
akak kan keje kat site
sebelah dengan menara yayasan @ yayasan selangor tu haaaa
berdekatan dgn bangunan celcom
kan sekarang area kl
asal petang je hujan,asal petang je hujan, asal hujan je petang kn =)
automatically site akan jadi lecak dan berselut serta bertaniah liat bersepahan berkotoran berakuan
hahahaha
maka
aku nak keluar utk rehat
bukan untuk mengular taw
berehat sebentar bersama kitkat
eh,,eh,, x..x..
aku nak gi settle kan urusan bank
maybank jln raja muda abd aziz pon sekangkang kera je aihh dr site
so
muka yakin
jalan segak
ala2 diva
melambai megah (oke tipu!)
ye laa..
kene la control2 sikit depan pekerja kn
ehehehehe
sekali 
keceplopppp
kaki kiri masuk selut
sikit lagi mau sampai lutut
ohemmmmgeeee
tensi mak! tensi!!! tensi!!
semua duk pandang kaki seluar aku
malu sungguh
rasa nak masuk kan muka dalam mainhole tu je
hahahahaha
=)
jalan laju2
hulur safety helmet kat guard
klo boleh terbanng ai dah terbang selaju mungkin dah
pergi toilet
basuh..basuh..basuh
pastu malas dah nak masuk site
pegi bank
settle kan urusan asb n urusan kad bank yg hilang tu
pastu customer yg ada kat maybank tu semua stok2 pandang kaki seluar akuu
ye la
taw
kotor
basah sbb aku g cuci
ada bau2 sikit
ye la
tanah kannn
tanah selut bagai
huwaaaaa
nasib pakai seluar warna cream
so xde la jauh sgt beza kaler tu
haha
tensi sampai ke ptg kotttt
=))



Monday, June 4, 2012

resepi oreo cheesecake chilled tanpa gelatin!

assalamualaikum
hai,hei,hoi
hari tu mira dapat cuti 
3 hari!
so balik hari jumaat malam
balik u semula hari ahad
sekejap je kan?
tapi cukup untuk penuhkan jadual! =)
release tension, asah balik skill2 yang dah hilang
kali ni balik cuti, mira buat oreo cheesecake, rekaan sukahatimakapakaku ;p
resepi asal die lain
tapi mira dgn suka hatinya ubah semua resepi
hahaha
mira buat utk 2 adun
so sape yang nak buat sikit 
bahagi dua oke? =)

oppsss..before buat, meh amek feel dulu ;p
Photo: Weeeeeeeweeeeeeweeee
(oreo cheesecake with strawberry)
bahan2
1 paket oreo (base)
3@4 sudu makan unsalted butter (mira guna buttercup)

600g cream cheese (mira campur2, 250g philadelphia, 350g tartura-klo pakai semua philadelphia lagi best!)
1 bekas kecil plain yogurt
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan gula halus (mira guna 10++ sudu makan icing sugar)
450 g whipping cream (bukan yg ready made tu taw)
1 paket oreo (hancur kasar2)
(kalau nak rasa masam lagi boleh tambah sikit jus lemon)

cara2
1.cairkan butter dan masukkan oreo yang telah dihancurkan (gaul rata) dan mampatkan ke dalam loyang yang dah dilengser dengan marjerin or butter.
2.Putar cream cheese,esen vanila dan gula halus sehingga sebati
3. masukkan yogurt dan cream cheese secara berselang seli sedikit demi sedikit
4.masukkan oreo yang dah dihancurkan secara kasar2 dan kacau sehingga sebati
5.Hias ikut kreativiti masing2
6.Sejukkan selama 4 jam dalam fridge

DONE!!!!

simple kan? =)
 tapi mira sempat makan sikit je
sebab mira buat pukul 9 lebih
pukul 11 dah nak naik bas balik kl
soooobbb sooobbbb sooobbbb
tggu kakak cuti 
n nak kirim
bawakkan kt mira
x sabar nak makan!!!
=))
selamat mencuba~ kalau rasa x cukup masam or x cukup apa2, korang boleh la alter sendiri ye ;p

Photo: Oreo cheese..omnomnom :)

(small size without base!)

Tuesday, February 28, 2012

saya beruntung

assalamualaikum..
alhamdulillah...
rasa beruntung dilahirkan dalam keadaan keluarga yang sederhana
terlalu banyak untungnya
lagi untung bila memiliki seorang mama yang pandai dalam membuat kek,masakan dan jahitan
untungkan??
alhamdulillah...sekali lagi syukur ku panjatkan..
dalam dunia yang gila metropolitan habis ni..
terlalu ramai wanita or else korang boleh gelar perempuan la kan..
yang x pandai nak buat keje rumah
x pandai nak memasak
x pandai nak itu ini..
sedih kan?
lagi sedih kalau kau pandai buat semua tu..tapi kau MALAS
serious! itu memang sedih
mungkin dibesarkan dalam keluarga berada?
mungkin dimanjakan sedari kecil?
sentiasa cuba berfikiran positif..
namun gagal
-_-!
xpandai memasak tu x salah
memang x salah..janji korang ada usaha..ada effort
sape kata kalau hidup dalam keluarga berada korang x payah buat semua tu?
ade je kawan2 yang life bapak gila kaya lah..
ayah mak manager..
tp anak2 pandai buat keje rumah..pandai memasak..pandai iron baju sendiri

so...
sekarang ni, xkan nak salahkan ibu bapa?
oke..bnda basic..
keje rumah tu x de la aku maksudkan deco rumah ke, baiki alat elektrik bagai kat rumah ke..
maksud aku...keje rumah tu macam sapu rumah, basuh verandah@ toilet, mop rumah..
okey..sekali lagi aku kata benda tu semua benda basic!
memasak tu pulak aku x maksudkan kau pandai buat kuih tradisional, kau pandai bikin ayam rempah bermadu salut dengan daun palas...(sukahati je buat resepi sendiri)
xde la jugak sampai kau pandai buat kek pelangi berseri2..manisan kencing manis...
maksud aku..kau pandai masak nasi..masak lauk..setakat gulai, goreng2, nasi goreng, masak lemak, masak sambal..
itu aje..
cuba kau buat sambal ikan..
esok buat gulai ayam
lusa buat ikan masak pindang
tulat kau buat sambal ayam pulak..
kan dah nampak variety tu
sekali lagi aku tekankan aku x kesah kalau korang x pandai memasak..
janji korang mencuba..
mungkin sekarang korang x nampak kebaikannya..
soon bila korang dah kahwin baru korang taw kot...
sekarang boleh pom pang bagai kata nak amek maid, nak makan kedai tiap2 hari..n one day kau akan sedar sendiri...penting x penting semua benda ni!

gila ah..cakap macam mak2 orang dah!
=))

Monday, January 23, 2012

Rumah Manis Rumah

assalamualaikum...
seronok sangat!!
seronok dekat rumah!
sampai malam semalam...pukul 12 lebih baru sampai...
sampai2 je..tengok bunga api banyak2 kat airport...
sampai berjerebu...
ahahahaha...
pagi2 bangun bertungkus lumus...
buat pavlova sbb nak bagi kat adik..adik dah nak balik utm skudai..
at last dapat jugak siapkan even x berapa nak mnjadi n guna whipping cream lama..ahahahaha
x berapa nak lawa sbb memang tengah rushing sgt2...
tp luxury..
banyak sangat topping
cherry,raspberry,strawberry,peach,grape,kiwi..
cherry , raspberry n strawberry tu bawak dr semananjung! heee ;p
pastu breakfast dgn lambchop
lunch makan nasi, sambal telur,kailan ikan masin n lauk rebung
pastu maka pavlova lagi..
pastu petang2 sikit makan durian pulak..
so..
jangan terperanjat dgn kenaikan mendadak pada diri saya!
sekian =))