Saturday, November 19, 2011

usaha

entry di tgh malam..
bukan senang untuk senang
dan
bukan susah untuk susah
maka
usahalah
usaha sehabis baik
sedaya yang termampu
fokus!
kerna aku x punya wang ringgit
aku x punya harta yg berkoyan-koyan
aku hanya mampu untuk hadiahkan keputusan peperiksaan ku
buat mama n babah
itu sahaja
jadi
malu
segan
jika keputusan itu bukan menyebelahi aku
aku harus bangkit
berusaha
tiada yg sempurna
tetapi cuba mengejar untuk mnjadi yg terbaik
terbaik buat diriku sendiri
moga doa kalian mengiringi aku
=)



```nukilan mengantuk dari:
anak muda yg berkobar lebih ;p

Wednesday, November 16, 2011

mood ikut waktu ikut mood

baca tajuk je dah macam..
eh?
eh?
apa kena la dengan budak sorang ni kan??
oke..
sebenarnya
saat ini
aku nakkkkkk sangat2 belajar
tapi mata ngantuk
tapi boleh buat entry baru
tapi ade assignmnt yg nak kene hantar esok
tapi
X PANDAI BUAT PON
terlalu banyakkan alasan
bila menyedari terlalu banyak sgt alasan dalam hidup
maka sedih
ma xde mood
entah ke mana menghilang
so adakah mood ikut waktu aku
atau
waktu2 terntentu yg akan ikut mood..means mampu menjejaskan mood sedia ada?
ini entry sampah
tp tetap nak teruskan
sebab nak lepaskan semuanya
arrrghhhh
cuba berfikiran positif
cuba untuk menjadi rasional
dan cuba untuk mengelakkan perkataan TAPI
namun
ahahaha..
gagal jua!
mungkin kerna kurang rehat
maka otak menjadi lemah
minda tidak mampu mencerna dgn cerdas sekali
ayuh
kesimpulan yg senang
rehat
lapangkan minda
dan bangkit awal agar segala kesegaran dapat dibuakkan ke ladang ilmu




nukilan
anak muda dalam keserabutan
=(

Thursday, November 10, 2011

first time setelah 6 thn??

assalamualaikum...
orang dah berkurun update pasal aidiladha
aku baru terkedek2 nak menaip
caiittt
cerita dah basi la cik kak oi!
tapi kalian kira masih beruntung lagi
sebab aku still buat entry ni before aidiladha yang akan datang!
maaf ye
bila mood rajin datang
meroyan ko mira... menaip sampai lebam2 mata
(extravaganzz giteewww)
oke..
apa kaitan tajuk dengan aidiladha?
actually
almost 6 years kami x dapat menyambut aidiladha bersama
since we are now pursue our studies at different u..
so
sorang ke hulu
sorang ke hilir
memang jarang la dapat berkumpul
kebiasaannya kami akan nantikan syawal untuk berkumpul, bergelak, berjimba-jimba. bergurau sakan n etc...
tapi kali ni, kakak x dapat balik beraya masa syawal yang lepas
so,
memang x lengkap la whole family kan
but this time!
yeaaahhhh!!
we did it!
seronok kalau kami adik beradik dah berkampung kat rumah
riuh pikuk sangat rumah tu
biasanya dapur tu sunyi je pagi2
tapi bila dah semua ada
pagi2 adam lagi dah hiruk bunyi nya
macam ada kenduri je kat rumah
pernah suatu hari, kami bertanya pada babah
"bah, kalau jiran2 kita dengar kitorang nye suara terjerit2 n memekak ni kan, agak2 diorang marah ke x?"
and kami dapat jawapan yang memberansangkan...hahaha
babah jawap macam ni
"baguslah, nanti mesti diorang cakap, bagusnyaaa home theater dia, jelas kan?"
hahahahahaha
siapa sangka?
pakcik misai mampu memberikan jawapan yang..
MENARIK!
=) (ampun ye babah)

oke, actually kita dah tersasar sebenarnya
hee..
jom la terus kita tengok gambar2 yang sempat angah n adik snap! =)
jemaah menunaikan solat sunat aidiladha
berjalan kaki menuju ke kereta
juadah aidiladha
meriah!
lagi meriah dari aidilfitri


sambal ayam terbaik di sarawak
500 cucuk sate

kek from margherita hotel (betul ke spelling?)
and xe dalam gambar, soto n bihun sup mama, cheesecake mama jugak


keesokan harinya
babah declare hari itu adalah family day
bukan buat apa pon
window shopping and as usual
our family's game~bowling tyme!!~

kitorang spend banyak masa dekat MPH bookstore
tengok novel
buku masak2
buku resepi
buku cupcakes
desserts
western
eh? eh?
kenapa pasal makan je banyakkan?
ehehehe ;p


last but not least..gambar bersama dr aimi.
yes, we can call her doctor rite now
kakak dah graduate pada tanggal 24 nov 2011 yang lepas
tahniah ye doctor =)
semoga kejayaan mu pada hari ini
menjadi kebahagiaan kepada pesakit2 mu nnt..
*p/s---> don't look at my tummy!! macam pregnant jah! seram aku tgk! huahahaha*

bila bosan melanda ketika anda belajar~~

hoyeaahhh!!
godek2 gambar
eh..eh..
x update lagi cerita pasal ni..
walhal amek gambar sbb saja nk buat entry kat blog
ouhhhh
sy mmg begitu!
smgt tgkp gambar sana sini itu ini
tp nk menghapdet belog memang la tersangat ammat malas
x suke taww nyahh!!
u kene rajin2..
jgn tiru mcm ai taw uolss
*gedix!* (lempang laju2(

oke, ni la masalahnya kalau belajar dlm tempoh waktu yg lama...

biasanya benda2 mcm ni akan berlaku sewaktu minggu peperiksaan atau test
so, last minute baru nak terkial2 belajar
baru nak sibuk call sana sini
bajet2.."ouuww, ai busy..esok ai ade test laaa=("
walhal lecturer dah bagitaw awal2 tarikh test
ngengade je lebih
"sepak laju2 pulak"
=)
so..
peneman saya di kala kesunyian malam ialah bunyi nyanyian kawan saya yg kadang2 menenangkan keadaan dan kadang2 menghuru hara kan keadaan
lain?
bunyi cengkerik malam yg mengantukkan sy
or
muzik2 yg layannnn~~
n yg ni mesti ada ni!!

yeaahooooooooo!!! MAKANAN!
ini mmg kebiasaan =)
hehehe


gulps...small, luving it! every single bites!
selain makan?
adakah korang akan buat macam ni?

main conteng2!!
klo berseni mcm ni
smart juga
tapi kalau dpt contengan aku?
hampeh
memang sah2 ke tong sampah!
=)

Tuesday, November 8, 2011

continue...








assalamualaikum..
oke
kita continue cerita yg tergendala hari tu..
after turun train tu
aku pon pegi la masjid jamek
jalan2 cari pasal
eh.eh.x!
jalan2 cari tudung yg kakak kirim
jalan sorang2, jauh juga menapak
next,
g kl sentral terus
tukar baju kat kl sentral
minum air
cuci mata
beli famous amous yg kakak kirim
at first kakak just kirim cookies choc chip
at last, aku beli?
2 cookies choc chip
2cookies double choc
3 cookies cranberries
100g pecan n macadamia nuts
100g double choc
see...puas makan! =)

then decide naik bas ke lcct pukul 2.30 ptg
dh x larat dh jalan
beg dh la berat
looks like dwarf yg bwk bag hadiah untuk d distribute kn
hahaha
=)
sampai lcct terus text angah
"dh smpai lcct"
right after that angah terus call back
blablabla
oke, angah suruh g starbuck!
ayuuuhhh!!
jgn lepaskan peluang keemasan
sampai2 je kat starbuck
angah hulur not 50
hoyeeaahh2!
beli air hot hazelnut choc
siap amek yg large lg teewww
kelas ko jah!
pastu nmpak cake
ai kan cake lover
bajet2 mcm masterchef
makan pastu komen2
hahaha

nak comment jujur?
x sedap!
itu bagi aku la..
lain org lain taste kn?
bak kata angah
rasa dia mcm ubat gegat?
hahahaha~
ni pulak kek yg aku beli
nak comment jujur jugak??
manis!
manis yg teramat especially kat base die tu
terus makan yg bahagian atas n tinggalkan yg bawah
jujur kata choc indulgence is much much much more better
name kek ni klo x silap aku...
peanut butter creme brulee
klo salah sori k~
so...
lepas makan baru terfikir
eh?
halal ke x ek?
pernah dengar ura2 kata x halal
ish..
dah menggelabah juga la kat situ
cari sign2 halal..
tiba2 jumpe juga kat sini=)
cool~~
lepas dah menghabiskan duit angah
terus tanya
"angah dah check in blom?"
(dgn harapan agh akan kata x lg, so boleh la pergi check in sama2)
sekali angah jawap 'dah!'
erk???
pastu terus buat ayt cmni "acik blom check in lg, jom la teman acik..acik x biasa laaa"
kikiki...
sukses! sukses!
angah ikoootttt =)
aku check luggage, angah tolong check in
lepastu x taw nak pegi mana
terus set mode camera kat handphone n hulur kat angah suruh tangkap gambar
ai kan minah gedix!
gila camera gitewww
hahahaha
nah ko!
hasil tangkapan yg x berapa nak ikhlas!
oke la...still ade pict~
lepas tu aku ajak angah g lepak kat restoran yg ala-ala garden kat lcct tu..
lupa lak nama dia
angah suruh aku pegi dulu sebab dia nak pegi halau nyamuk
banyak sangat nyamuk katanya
katanya lah kannnn
ish3
then aku duduk sana
order salad yg makan mcm aritu
pastu on9 guna wifi sana
bila salad sampai..
terus..eh? eh? salad apekah ini??
ade daun salad, tomato,timun n telur
itu SAHAJA oke
ko hadoo???
hahaha...
rm6.90 oke!
not including text yet
dushh!!
(langgar tiang)
mahal bagi aku
klo mahal tp bermutu x pa
ni mahala dan berkutu jadinya
xpela...
on9 lama2 sampai pukul 5.30
terus check in
n ready to flyyyyyyyy!!! ;p

Saturday, November 5, 2011

perjalan pulang

assalamualaikum semua...
dh lama x ber update rasanya..
hari ni aku nak bawa secara panas cerita yg baru berlaku sepanjang perjalanan td..
alhamdulillah..sekarang dah selamat sampai di lcct..
sampai2 je terus call angah
oke tipu!
mssg je, lepas tu angah call balik
huahaha
al kisah..
pagi td, lepas je keluar dr kawasan kampus
aku n friends pergi la makan
sebab kan ade budak tu teringin bebeno nak pekena roti canai,
maka aku yg teringin nk makan mekdi haruslah berkorban.
haha, oke, aku taw itu poyo.abaikan~
pekena la sebiji roti canai dan sekeping donut =)
alhamdulillah, simple n kenyang!
lepas tu syaikha naik kereta dgn mmber balik seremban.
memoi tunggu kepulangan cik abg
dan aku pon gerak ke kl sentral.
masuk2 je dlm lrt
eh! banyak nyeee tempat kosong..seronok2..
ye la..bag ai kan berat,ai kan pendek,,maka dgn mengurangkan beban di badan, maka ai berharap agar dpt lebih tinggi..tp tu harapan je la even i noe yg ai x kan tinggi pooon~
so..otw tu..
aku duduk dgn tenang n selesa
tp tiba2 ade seorang pakcik,anak lelaki kecil dan kakaknya
bapanya kelihatan bertongkat
buta barangkali
ye! tanggapan ku disahkan apabila terlihat si anak kecil memimpin tgn bapanya sambil membawa bapanya ke arah yg dituju.
tersentap rasa hati apabila si anak kecil itu dgn kuat berkata kepada bapanya
"dh xde tempat kosong la ayah~~"dgn nada yg ceria..
mungkin sudah biasa barangkali.
lalu serta merta aku bangun dan memberi laluan kepada pakcik td dan anak-anaknya
mereka lebih memerlukan tempat itu
aku masih muda
masih sempurna fizikal
maka, bukanlah selayaknya aku untuk duduk dan bersahaja di situ tanpa menghiraukan pakcik td..
sudah menjadi kebiasaan bagi aku memberi laluan kepada orang tua,oku or siapa sahaja yg memerlukan..(alhamdulillah, berkat ajaran mama n babah juga)
kebetulan yg duduk di sebelah aku adalah "adik" yg sekampus dgn ku..
dia turut bangun untuk memberi laluan kepada pakcik td dan anaknya.
cuma aku tersentap apabila ada penumpang lain yg lebih awal menyedari kehadiran pakcik tadi hanya berdiam diri dan seperti tiada apa-apa yg berlaku
sedih
begini kah masyarakat malaysia kita?
sampai di stesen seterusnya
ada 3 org ibu bersama anak kecil masuk ke perut lrt
aku hanya memerhati
dan aku lihat sepasang couple chinese bangun dan memeberi tempat kepada slh seorang ibu tadi..
"adik-adikku" yg duduk di hadapanku td masih diam membatukan diri
mungkin mereka tidak perasan,
mungkin mereka tidak peka,
atau
mungkin mereka buat-buat x mengerti
sedih melihat
masih ada lagi orang begini rupanya
pentingkan diri
minta aku dan keluarga ku dijauhkan dari sifat2 sebegini
maka, perjalan diteruskan
setelah dua stesen yang berikut
baru kelihatan tempat duduk yg kosong
tanpa berlengah, aku segera mendapatkannya
kebetulan di sebelah aku ade seorang bayi comel berpipi gebu dan empuk..
see, how i describe it!? haha
cuhmel gilak!
aku kan pantang jumpa budak kecik
maka dgn selamba aku cubit pipi dia
bukan cubit ganas2
cubit manja~
mak dia kan ada
naya je kalau aku cubit ganas2
sat lagi mak dia lak yang cubit aku..huahaha
nasib aku perasan yg aku dah sampai kat stesen yg aku nak turun
kalau x, leka dgn budak tu sampai terlepas stesen
hahaha
oke, to be continue~~
pukul 6 ni dah nak check in..
sarawak...i'm coming!!! (bajet artist! ;p)
=)

Thursday, November 3, 2011

T.E.S.T

alhamdulillah
dah selesai 2 test before balik raya haji ni
tq kepada lecturer structure n numerical methods@computing2 di atas kemahsyukkkan kalian menyediakan soalan yg "terbaik" -_-
ouhh,
siap2 nak pergi kelas rc design mlm ni...
jiwa dah sampai sarawak...
tabah n sabar
hari sabtu! 2 hr je lg~
n for those Muslims..
selamat hari raya aidiladha
=)