Wednesday, March 16, 2011

pengorbanan seorang mama dan luahan hati si anak


Tika entry ini ditaip…hatiku masih tercarik sedih..

Bergenang air mata..namun, aku harus kuat! Tabah! Jgn biarkan air mata mengalir deras..

Kerna aku harus kuat utk menjaga mama kelak…seperti mama mnjaga diriku dan adik beradikku yg lain…

Perbualan pendek antara mama dan aku menyentuh terus ke dasar hati

Betapa telus nya mama dalam membesarkan kami, menjadi ibu kepada 4 org cahaya mata

Dan menjadi suri kepada babah yg tegas(maklum lah,,,askar kan…)

Mari kita bebalik ke memori lampau..

Mengimbas kembali pengorbanan dan jerih perih mama yg tabah..

Jujur dari lubuk hatiku, aku mengagumi mama…

Sgt kagum…ye ma…acik teramat kagum dgn mama..

Bagilah walau sejuta mama sekalipun, namun..mereka x mampu menandingi dirimu..

Dahulu, mama ku adalah seorang yg berkerjaya…

Oke, kalian boleh tafsirkan berkerjaya itu dalam definisi yg tersendiri…

kagum aku dgn kerelaan mama melepaskan kerjaya nya demi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap keluarga..

ya, itulah mamaku..

kemudian mama teruskan hidupnya dengan keluarga…

pada usia ku menginjak 7 tahun…

atas dasar keprihatinan mama dan babahku dan pengorbanan kedua-duanya…

mama mengambil keputusan untuk menetap di Melaka sedangkan babah masih bekerja keras mencari sesuap nasi utk anak2 dan isterinya…

kami membesar dalam jagaan dan perhatian mama..

dulu, aku takut dgn mama,,takut yg teramat sangat

jika budak2 kecik takut dgn guru2 di sekolah…

tp aku tidak!

Aku lebih takutkan mama daripada guru2 sekolah ku..

Hatta guru besar sekalipun..

Maka, taraf mama ku adalah lebih tinggi tarafnya daripada guru besar sekolah..

Lihat!! Walaupun seorang surirumah, mama juga merupakan guruku dirumah..

Ya, guru pertama aku adalah mama ku sendiri!

Bagaimana aku mula belajar makan, minum, berjalan dan pelbagai lagi..

Siapa yg ajar jika bukan mama??

Siapa??

Adakah jiran disebelah rumah?

Pasti mama yg mengajarku…

Jika aku tidak siap menyelesaikan kerja sekolah ku, orang yang aku paling takut utk berhadapan adalah mama

Betapa besarnya impak dan aura mama dalam hidupku..

Mama dan babah alert dengan pembelajaran kami adik beradik..

Mungkin sesetengah ibu bapa mengamalkan system yg mama jalankan…

System apa?

Ya!! System pemarkahan…

Jika di sekolah dahulu, setiap bulan pasti ada ujian kan??

Jadi,, mama telah membuat peraturan yg super power!!!

Contohnya…jika kami mndapat 100 markah, kami akan mndapat rm5

Jika 90 ke 99, kami akan dpt rm2

Jika 80 ke 89 kami akan mndapat rm 1

Jika 70-79..kami di zon selamat(tiada ganjaran mahupun denda)

Jika 60-69, 1 rotan dan bayaran sbyk rm1

50-59, 2 rotan dan bayaran sbyk rm2

Yang bawah2 tu, insyaALLAH, kami x pernah sampai tersungkur ke tahap itu

Ini hanyalah sekadar contoh..

Amount sebenar, saya terlupa…

Adil kan mama…

Usaha dalam menaikkan moral anak2 untuk belajar dan rotan sbg pengajaran..

Jadi, jika x mahu sakit, belajarlah serajin yg mungkin…

Waktu kecil dulu, rm seringgit dah cukup besar buat kami…

Yelah..masa itu semua keperluan bwh tanggungan mama dan babah lagi kn…

Pernah mama katakan yg mama tidak mahu menandatangani kad laporan jika keputusan kami teruk…

Dan mama betul2 lakukan…

Ganjaran tambahan buat kami yg mndapat keputusan cemerlang iaitu mendapat kedudukan pertama sehingga ketiga di ujian akhir tahun…

Aku pernah dapat dan ganjarannya adlah birthday party..

Pasti seronok menjemput kawan2 dan saudara mara meraikan harijadi ketika usia ku 8 tahun..

Mama hebat dan tabah orangnya…

Aku x pasti sama ada aku mampu menjadi setabah dan segagah mama…

Dulu, tulisan aku buruk yg teramat..gemuk2, senget2..macam cacing gemuk!!

Tp aku teringat kembali..

Bagaimana tulisan ku menjadi kemas dan teratur..

Pada usia ku 11 tahun@darjah 5….

Aku membuat kerja rumah di hadapan mama…

Dan mama bising memarahi ku keran tulisan ku yg memang buruk itu..

Silap aku kerna tidak menyimpan awal2 pembaris besi yg berada berdekatan kami..hahaha

Lalu, pembaris besi itu mnjadi saksi tangan dan jari2 ku diketuk2…

Sakit woooooohhhhh!!!

Impaknya?? Tulisan ku berubah…kerna aku sentiasa berusaha mengubahnya…

Aku cuba mencari tulisan rakan2 ku yg cantik untuk dijadikan contoh, akhirnya aku tertarik pada tulisan tangan sahabatku puteri liyana…

Tapi aku ubah kan tulisan nya kepada tulisan yg lebih kemas dan cantik..

Akhirnya…sekarang mama memuji tulisanku…

Bahagia, gembira dan bangga!!

Bayangkan jika pembaris itu aku sorokkan??

Jika mama tidak duduk sama ketika aku membuat kerja rumah yg dibekalkan cikgu??

Pasti sekarang tulisan aku masih seperti cacing gemok kn??

Terima kasih mama….

Entah kenapa..terlalu banyak untuk aku coretkan pengorbanan mama…

Mama…..acik sayang mama,,,

Acik bangga ada ibu seperti mama…

Biarlah mereka diluar sana berkata apa sekalipun..

Mama tetap menjadi kebanggaan acik..

Jika teman2 rapatku, mungkin mereka tahu bagaimana akrabnya aku dgn mamaku,,,

Mungkin siapa2 yg pernah melihat aku dan mama..

Akn mengakui kata2 ku…ya, aku manja dan rapat dengan mama…

Mama sangat bijak dalam mengambil hati kami…

Ya!! Kami umpama sahabat!

Manja, mesra dan rapat!!

Kami umpama rakan, dan melihatkan saiz tubuh mama ku yg kecil molek..

Pasti ada yg salah meneka…

Pernah ada yg bertanya kepadaku…

Adakah yg mengikut ku itu adalah kakakku???

Wahahahahaha, lihat! Mamaku muda! Cantik dan menarik..

Biarlah berjuta kedutan di muka, aku x pernah hiraukannya…

Mama tetap cantik di hati anak2 nya…

Mama pernah menerangkan kepadaku…

Mama mahukan kami anggap mama seperti sahabat yg boleh kongsi suka dan duka dan bebas bercerita apa shj…mama bukan mahu kami takut terhadap mama…

Tp mama hanya mahu kami hormat mama walaupun hubungan kami seperti rakan baik?

Percaturan hidup mama sgt hebat!

Sekarang, kami akan sentiasa berasa selesa untuk bercerita apa sahaja dan berkongsi masalah dgn mama…

Pendekatan yg mama gunakan amat berkesan..

Terlalu banyak pengorbanan yang mama laksanakan…

Mungkin kita terlepas pandang itu semua…

Untuk mama tersayang:

Izinkan acik melunaskan tanggungjawab acik sebagai anak.

Jika acik kata acik langsung x buat salah, menipu la gamaknya..sebab pasti mereka yg diluar sana turut melakukan kesalahan..

Cuma disini, acik khabarkan bahawa acik akan cuba yg terbaik…

Tunggu acik habis belajar dan bekerja..

Akan acik tunaikan satu persatu setiap permintaan mama sepertimana mama tunaikan setiap permintaan acik dahulu…

Beri acik masa…

Acik akan usaha ke arah itu..

Cuma acik perlukan doa daripada mama, berkatilah anakmu ini…

Acik sayang mama…

Terlalu amat sgt2..

Bukan acik seorang…kakak,angah n adik pasti merasakan benda yg sama…

We love u so much MAMA

5 comments:

  1. adik pon nak wat entry psl mama la cmni..

    ReplyDelete
  2. aik...nape pulak? byk la kalau nk cite pasal mama...7 hr 7 mlm pun x tentu abes kan?

    ReplyDelete
  3. awat tetibe aku lak touching bace minatang ni??
    huhuhu... =(

    ReplyDelete
  4. sedihnya.. ;( serius aku nanges. sobsob ;(

    ReplyDelete
  5. zuzu= luahan hati ni....tengah2 sedih terus taip..huhu....

    alya= waa...waaa...kite pon da nangis dulu dah...

    ReplyDelete